Malam lepas gi tengok kereta continental tu, akoo decide nak pakai kereta Proton je lah. So Perdana V6 akan mula diburu satu demi satu sampai dapat. Malam tu jugak akoo surf kat Mudah.my cari 'Perdana Manual'. So adalah beberapa Perdana manual yang timbul. Tapi ada yang enjin standard dan ada juga yang dah menjalani pembedahan jantung. Oleh kerana akoo tak nak yang pakai jantung penderma, akoo cari aje yang masih enjin asal tapi menggunakan sendi manual. Pepagi buta tu jugak akoo sms beberapa pemilik iklan di Mudah.my tu. Tapi bila esoknya akoo call, tak nak angkat pula.
Kenapa manual? Ini kerana akoo masih berpegang pada pepatah orang Malaysia yang berbunyi - 'Gearbox adalah punca sakit kronik Perdana V6'. Rupa-rupanya bukan akoo seorang yang tengah memburu Perdana ni. Snipx (ProtonCoupe / SPOC) dan Ustad (ProtonCoupe) juga sedang usha line. Snipx nak carik yang dah siap convert 4G63T rasanya. Ustad plak nak beli kat semenanjung sebab kat Sarawak mahal. Perkara ini telah dispot pada posting yang akoo tulis di wall Facebook Pok Wang (ProtonCoupe).
Akoo tunjuk iklan Mudah.my tu kat Snipx tapi dia cakap Perdana V6 manual yang dijual kat situ lebih tinggi dari harga market. Sebuah warna maroon WLL tahun 2004 minta dalam RM38k - harga market baru RM32k. Sebuah warna biru di Cheras WL* (2003) minta dalam RM37k. Semuanya harga yang lebih tinggi dari harga pasaran tapi yang dua nih direct dari owner. Dengan akoo yang tak de cash nih, memang agak susah la nak sediakan down payment untuk kereta yang lebih prefer cash buyer nih. Ada yang murah skit macam kat bawah nih dah pakai jantung orang derma pulak.
2002 Perdana TT - RM38.4k
2001 Perdana TT - RM33.3k
So untuk lebih memudahkan kerja, akoo melantik broker yang berpengalaman - Encik Affandy Ahmad seorang penjual kereta recond yang berpengakalan di Ally Azran cawangan Jalan Ampang. So kitorang mulakan dengan Perdana tahun 2004-2005 yang berharga di antara RM30k-RM40k. Tapi untuk kategori ini, mileage sudah agak tinggi sehingga mencecah 150kkm ke atas. Version diorang ini adalah Enhance Version I dan II. Interior agak cantik - warna biege tapi satu masalahnya adalah gearbox cooler bukan satu accessory standard. Jadi kebarangkalian untuk mendapat gearbox yang rosak adalah agak cerah. Namun begitu, terjumpa juga satu iklan yang mana V6 Enhance Version II (2005) dengan mileage bawah 100kkm beserta ada gearbox cooler dengan harga hanya RM36.1k sahaja. Yang tak bestnya, bila nak gi tengok dah ada orang masuk loan. Harga itu memang paling murah untuk kategori tersebut.
Jadi bila dah banyak surf dan bertanya, kini akoo tahu yang Perdana V6 keluaran tahun 2006 ke atas mempunyai gearbox cooler sebagai accessory tetap dan tahap gearbox berada dalam keadaan baik dengan mileage yang agak rendah. Ada banyak iklan menyatakan mileage kategori ini (Enhance Version III) berada pada kedudukan di bawah 100kkm. Jadi pada 3 Ogos 2011, pemburuan akoo telah menetapkan bahawa Hexa-Vee Prime akoo akan didapatkan dari Version III dengan priority pada register 2007 / 2008 sebab akoo nak buat loan selama 9 tahun.
So akoo dan broker pun memulakan fasa baru dalam pemburuan ini dengan membuat panggilan dan appointment sekali pada hujung minggunya. Selain Mudah.my, akoo juga mendapat dua iklan yang akoo jumpa di dalam paper The Star dan membuat appointment dengan used car tersebut.

2 ulasan:
mcm namaku dipetik org jerk
sapo kao?
Catat Ulasan