Rabu, 7 September 2011

Hello, ini CIMB Bank...


Jason submit loan akoo petang Rabu tu jugak di CIMB Klang memandangkan loan GTi dulu pun pakai CIMB juga. So akoo tertunggu jugaklah bila nak ada bank call akoo ni. Hari Khamis berlalu pun takde berita.

Masa hari Jumaat ada satu miss call dari nombor Klang. Akoo tak call balik sebab akoo malas nak call balik. Rasanya dia call masa akoo tengah drive BET Mobile kepunyaan Sabrizam aka Meon the legend. So demi pemanduan yang sempurna, akoo tak angkat la sebab tak terlayan la nak cakap kat handphone sambil bawak BET Mobile yang tak de power steering.

Petang tu akoo masuk ke Phase 6 kilang akoo sambil bawak wakil Jabatan IVC yang nak kena pindah minggu depannya Sepatutnya dilarang membawa handphone masuk ke kawasan production yang cleanroom tapi memandangkan tempat tu masih baru dan akoo takut terjadi kejadian terkunci dari dalam seperti yang pernah akoo lalui satu waktu dahulu, akoo pun bawak je la handphone.


Kebetulan masa dalam Phase 6 tu orang CIMB call. Diorang buat pengesahan. Tanya nama, nombor IC, tinggal kat mana, ada hutang kereta lain tak. Akoo cakap memang ada hutang satu kereta lagi tapi kereta tu dah hilang dan tengah nak tunggu claim insuran. Then ada satu lagi hutang - akoo cakap Bank Rakyat tu. Lepas pada tu akoo plak yang tanya kat minah tu macam-macam termasuk insuran nanti nak amik kat sapa. Sebab dulu amik sekali dengan CIMB Seremban je. Tu yang boleh dapat bayar insuran dan roadtax secara ansuran.

Ni akoo nak buat loan 9 tahun. Sebab target nak pakai kereta sampai bila-bila. Akoo mana pernah jual balik kenderaan tak kira kereta atau motor yang akoo pakai. Motor EX5 dulu tak tahu gi mana lepas akoo tinggalkan kat rumah Boni utk repair. Motor Wave 100 bapak akoo - kena curik. Motor Wave 125 skang nih di bawah jagaan adik ipar akoo. GTi akoo hilang. So memang pakai kereta dan tak jual punya.

Selasa, 6 September 2011

Kalau WJJ - Wak Jesse James. Kalau WQB apa plak?

Nak kena bagi nama jugak kereta ni. Seperti mana GTi dulu akoo namakan Wak Jesse James sebab no plat dia WJJ (ada akaun Facebook juga - buleh search tengok) yang V6 ni nak kena gak bagi nama ikut no plat dia. Tapi... WQB tu. Tak terpikir kat kepala hotak akoo nak sumbat nama apa kat huruf Q tu.

So akoo ada tanya kat kengkawan sambil semak kat kamus Oxford. Kalau dapat je nama untuk Q, sudah pasti B tak de masalah sebab B akan follow through je. Ada sorang kawan, Azri Fahmi di Shah Alam suruh bagi nama Wow, Quality Beb! Tak seronok langsung sebab akoo nak gak pakai nama Wak kat depan.

Wak apa yang judu nak masuk dalam nama V6 nih.
Quater Back
Quantum Black
Quest Blaze
Quiet Blade

Tapi last-last akoo letak Qiu Bee je. So pakai la nama Wak Qiu Bee untuk WQB. Senang dan tanpa masalah nak setting. Ada macam nama Cina tak? Huhuhu.

Isnin, 5 September 2011

Tiga hari yang menyeksakan - Chapter perburuan yang terakhir

Selepas selesai membuat pemburuan secara online dan jalanan, akoo menumpukan sepenuh perhatian untuk menanti detik nak tengok WSF pada 10/8 (Rabu). WSF nih bukan dijual di used car cuma tak direct owner di mana owner tu berwakilkan ejen. Akoo plak dapat deal yang pertama untuk tengok WSF ni tu yang akoo confident semacam je tu. Tapi dalam masa yang sama ada jugak akoo tengok-tengok iklan kat Mudah.my tu.

Jason pulak ada je sms/call tanya status nak beli ke tak WQB tu. Seperti biasa, akoo cakap tunggu hari Rabu tengah hari akoo confirm kan. Dan menjelang hari Selasa akoo sms pula Encik Khairul tu tanya status nak tengok kereta WSF tu. Mulanya tak de respon tapi akoo tetap yakin hari Rabu akan menjelma juga. 

Tapi tu la, Selasa malam Rabu tu akoo menerima panggilan dari Khairul dan kandungan informasinya lebih kurang begini "Sorry bro, tak dapat nak jual kereta V6 tu (WSF). Bukan sebab dah ada orang lain beli. Tapi owner kereta tu nak beli kereta Honda tapi kereta Honda dia lepas raya baru boleh dapat. Kalau bro boleh tunggu sampai lepas raya, OK sangatlah. Jangan risau bro, bro tetap orang pertama yang akan dapat tengok kereta tu."

Pergh! Nak tak nak nampaknya akoo kena amik jugak la WQB nih. Tapi ada lagi satu iklan muncul di Mudah.my berkenaan V6 silver so called excellent condition di Kajang. So akoo pun tukar plan dari nak tengok WSF pada tengah hari Rabu, akoo pun ke Kajang nak tengok excellent condition di Yee Brother Auto Trading. Untuk lebih afdhal, Encik Affandy juga turut serta dalam perburuan terakhir ini.

2007 So called excellent condition Perdana V6 di Kajang 

Final car yang akoo tengok nih kaler silver (tolak 10 points) then ada kemik skit kat pintu. Bila akoo tanya kat apek yang jaga tu dia jawab "Mana ada kemik." Padahal calar pun ada. Dia ingat kitorang nih buta atau memang apek nih yang rabun warna agaknya. No plat V6 nih WP* - tolak lagi 10 points. Akoo tak minat WP*, akoo lebih suka WR* atau WS*. Sebab tu yang akoo nak sangat kereta WSF tu.

Tapi yang paling tak leh blah adalah kesengalan apek nih dalam membelit. Mulanya dia cakap:
1. Ini kereta baru satu owner.
2. Ini owner trade in ini V6 dan amik Mercedes dekat kedai ni.

Then akoo mintak geran kereta.
Dia cakap - geran tak ada wo. Boss simpan dekat HQ.
Dah nampak penipu dia ni. Kata trade in kat kedai tu. tak kan la takda copy kot.
Pastu akoo tetap mintak nak tengok geran.
Dia cakap - nanti saya mintak boss angkat fax
Tak lama lepas tu datang satu apek yang lain hantar beberapa helai kertas yang dah berlipat dan dah nampak lama. Tak kan baru fax kot?

Satu lagi penipuan terbongkar. Kereta ni dulu Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) yang pakai lepas tu dia jual kat staff dia. Then staff dia tu trade in kat kedai tu. Ala apek, cakap aje la dari awal kan senang. Yang nih buat akoo tolak lagi 60 points. So memang kensel la. Then baru akoo perasan, masa akoo memburu GTi dulu, akoo pernah datang kat kedai nih tengok satu kereta bernombor JGT**** yang mana pada 2 tahun lepas akoo pernah nampak kereta tu di jalanan di Bangi.

Akoo pun call Jason mintak dia submit loan. So confirmlah akoo akan amik WQB nih sebagai pengganti Wak Jesse James (WJJ608). Jason ni pernah nak mintak deposit. Tapi undang-undang terbaru, used car tak leh amik deposit. So kalau ada antara korang yang kena mintak, report je kat Polis

Rabu, 31 Ogos 2011

Memburu Hexa-Vee Prime di jalanan - Chapter Sunday Car Market

Broker akoo (Affandy) call ajak gi Sunday Car Market (SCM) kat Petaling Jaya (PJ). So akoo bersiaplah ke Jalan Ampang dulu then baru naik kereta dia ke PJ. Lepas tengok kereta kat sana barulah ke tempat lain pulak. Lagipun dalam listing banyak kat area Jalan Ampang juga. So bolehlah di sekali harungkan. Pada masa yang sama sempat juga nak gi tengok Perdana V6 yang di Jalan Kuchai Lama tu. Sebenarnya akoo dah tak berapa nak gi tengok sebab akoo berharap nak finalise yang Khairul nak jual tu - WSF - appointment Rabu (10/8).

Sampai di PJ, barulah akoo tahu tempat SCM tu dekat dengan area Buy N Sell je. Pusing seround dulu dan parking. Masuk dari 2nd floor dan turun sampai ke bawah. Ada banyak juga kereta nak jual baik kereta Malaysia, Jepun, Korea mahu pun continental. Apa yang menarik perhatian akoo adalah Putra warna putih yang nak dijual pada harga yang lebih tinggi dari harga market. Nak jual sebab anak dah 3 orang dan nak amik MPV - mak mertua dah bising. Mini Cooper pun ada nak jual. Perdana V6 pun ada tapi versi lama dan lebih tinggi dari harga market. 

Bila tiada yang berkenan, masuk ke Buy N Sell dan sempat beli pedang samurai kayu. Asalkan ada dari takde hasil. Akoo pun sms apek di Jalan Kuchai Lama untuk datang ke kedai dia. Affandy set gps dan kami menuju terus ke kedai apek tu. Sampai kat situ akoo call apek tu. Rupanya dia tak baca sms dan dia minta tunggu sekejap dia nak datang. Sekejap apa. sejam juga dia baru sampai. Shopping di Damansara rupanya. So kitorang layan dulu lepak dalam aircond kat Perdana V6 tu - WQB.

So bila apek tu sampai, baru akoo tahu nama dia - Jason. OK lepas ni panggil dia Jason je. Dia bagi test drive WQB ni dekat area situ je. Warna Hitam. Mileage 63kkm - akoo tak berapa nak percaya sangat. Dari test drive rasanya gearbox takda rasa nak rosak lagi. Tak macam V6 yang ditest semalam. Dari segi interior dan exterior pun nampak baik walaupun tidak perfect. Harga pun dah banyak diturunkan. Dari RM48k++ ke RM46k dalam Mudah.my dan last Jason offer RM45k. Tapi akoo tahu risiko beli di used car ni. Memang kereta nampak cantik tapi sure sudah ada wear and tear to be taken care. So far akoo berpuas hati dengan WQB ni dan akoo tinggalkan dokumen. Cuma akoo beritahu pada Jason akoo akan tengok lagi sebuah V6 (WSF) sebelum akoo confirm. Dia pun cakap ada sorang mamat nak tengok WQB ni pada hari Selasa.

2008 Fiat Bravo

Balik singgah di showroom Ally Azran sebentar sementara nak gi round nak tengok V6 lain di sekitar Jalan Ampang. Affandy bagi can kat akoo test drive kereta Fiat Bravo 2008 - unregsitered. "Mana la tahu kao nak beli ke" dia cakap. Gilo! Kena gaji patblas-k baru akoo terpikir nak beli. Tapi memang best kereta tu. Tak tahu la apa akan jadi pada dunia ni kalau akoo pakai. So tu hunting petang tu akoo ke Sincere Cycles Motor.

2007 Proton Perdana - Dapat tengok je

Kereta ni bernombor plat WQ*399. Tapi kedai tutup hari Ahad. Boleh tengok kereta aja test drive tak boleh. So tengok aje la. Bila lagi nak datang test drive. So terpaksa lepaskan je la. Pergi pula ke satu lagi kedai - dah jual. Pergi lagi satu kedai berhampiran Korean Village - pun dah jual. So hari pun dah petang dan akoo pun hentikan pemburuan dan tunggu ke hari Rabu. Sambil tu surf juga Mudah.my kalau-kalau ada timbul lagi iklan yang menarik.

Memburu Hexa-Vee Prime di jalanan - Chapter Sabtu

Berpandukan beberapa iklan di Mudah.my akoo set target dan appointment pada hujung minggu 6&7 Ogos untuk memburu Hexa-Vee di jalanan pula. Petang 5 Ogos tu bersamaan hari Jumaat muncul satu iklan Perdana V6 hitam no plat WSF harga buka RM50k dengan mileage baru 61kkm. Akoo terus sms brader tu - Encik Khairul untuk appointment. 

Sementara itu, akoo menyiapkan dokumen-dokumen yang diperlukan seperti salinan kad pengenalan, lesen memandu, slip gaji, slip bank dan juga bil Astro untuk pemburuan pada keesokkan harinya. Malam itu juga akoo online agak lewat sambil menyalin iklan-iklan Perdana V6 tahun 2007 & 2008 ke dalam buku nota untuk dibawa dan dirujuk. Ketika itu Encik Khairul membalas sms dan akoo terus menelefon beliau untuk appointment. Malangnya beliau tiada di Lembah Klang dan akoo terpaksa menunggu sehingga hari Rabu, 10 Ogos untuk membuat test drive. 

Perdana V6 tahun 2008 - Kereta first yang akoo tengok

First appointment akoo untuk tengok kereta kat atas nih yang berharga sangat murah - RM46.8k sahaja di Pandan Indah. So pagi Sabtu tu akoo gerak ke showroom Ally Azran di Jalan Ampang untuk berjumpa dengan Encik Affandy Ahmad, broker akoo yang terhebat. Janji dengan apek yang nak jual tu pukul 11.00 namun oleh kerana Affandy tengah nak close deal dengan seorang brader yang nak beli Toyota Estima, terpaksa la drag sampai ke 11.30 di Steven Corner, Pandan Indah. Dah la bulan puasa, lepak pula di kedai minum tapi diorang buat tak tahu je, tak de pun datang ambil order. Mungkin dah biasa kot orang datang lepak tak minum dan tak bayar. Apek yang nak jual kereta ni pula lambat. Dah la lambat bukannya dia datang dengan Perdana V6 tu, dia bawa BMW. Kereta ada di Desa Pandan. Dalam iklan kata owner tapi bila jumpa dia adalah broker. Penipu jugak apek nih. Kereta bawah bangsal nampak gaya terbarai je. No Plat BJ* so akoo memang tak nak. Apek tu mintak dokumen. Akoo cakap tak bawak. Padan la murah dia jual. Kereta tu banyak benda nak kena touch up balik. (Masa akoo tulis entry ni, iklan kereta nih masih ada kat Mudah.my)

Destinasi kedua di Petaling Jaya. Perdana V6 tahun 2007 dijual dengan harga yang sangat murah - RM39888 sahaja. Dalam iklan kata ada 3 unit nak dijual. So akoo dengan Affandy ke sana. Tempatnya bukan used car tapi service center yang kononnya nak tolong clientnya jual kereta. Ketiga-tiga kereta itu digunakan oleh Lafarge. Mileage dalam 70kkm-80kkm. No plat WPV dan WPW. Condition paling baik kereta yang nombornya 3211 tapi dah ada mamat dari Kelantan masuk loan. Sekali tetapi, brader salesman service center tu cakap loan mamat Kelantan tu sangkut. So dengan senang hati kitorang bertiga pergi buat test drive kereta tu. Dan inilah Perdana V6 pertama yang akoo bawak.

Affandy bawak kitorang ke bengkel bekas pekerja Proton Service di area Jalan Kelang Lama. So salah seorang mekanik kanan bengkel tersebut telah buat test drive. Keputusannya - kereta dalam keadaan baik. Enjin baik, gearbox pun baik cuma ada satu minor repair kena buat - tukar tire rack dalam RM90 sahaja. Dengan senang hati sekali lagi akoo drive kereta tu balik ke service center tu. Cuma yang tak senang hati adalah toke kedai tu. Masa nih la satu drama terjadi. Apek ni dok suruh akoo amik the worst condition V6 yang nak jual tu. Dengan cermin pecah, pintu kemik interior pun kotor. Siap print service record sambil push suruh jugak beli. Pengalaman mengajar bila orang push, maknanya ada udang di balik batu. So akoo tolak tapi akoo bagi juga dokumen untuk queue kat belakang mamat Kelantan tu. In case kalau loan mamat Kelantan tu tak lepas, akoo masuk buat loan.

Perdana V6 2007 - Ketiga ditengok, Kedua di test drive

Singgah sebentar berehat di rumah Affandy sambil mengadap Ilahi dan sebelum pulang ke showroom Ally Azran, kitorang singgah di Carworld Jalan Ampang. Ada sebuah Perdana V6 tahun 2007 no plat WPW untuk dijual. Akoo main petik nama Shukri dan brader tu ada di situ. So tanpa melengahkan masa akoo test drive kereta ini di kawasan perumahan kat belakang tu. Gearbox dia dah menunjukkan ciri-ciri akan mendatangkan masalah. Ini mungkin kerana mileage dia dah mencecah 130kkm. So akoo tak nak dan tak tinggalkan dokumen. 

Pada hari yang sama, seorang salesman di Jalan Kuchai Lama yang akoo pernah hubungi sebelum itu kerap kali menghantar sms bertanya bila nak datang ke kedainya. Memandangkan akoo memang tak bercadang nak ke situ so akoo hold ke esok hari. Hari Sabtu tanpa sebarang berita yang benar-benar menggembirakan.

Selasa, 30 Ogos 2011

Memburu Hexa-Vee Prime di talian

Malam lepas gi tengok kereta continental tu, akoo decide nak pakai kereta Proton je lah. So Perdana V6 akan mula diburu satu demi satu sampai dapat. Malam tu jugak akoo surf kat Mudah.my cari 'Perdana Manual'. So adalah beberapa Perdana manual yang timbul. Tapi ada yang enjin standard dan ada juga yang dah menjalani pembedahan jantung. Oleh kerana akoo tak nak yang pakai jantung penderma, akoo cari aje yang masih enjin asal tapi menggunakan sendi manual. Pepagi buta tu jugak akoo sms beberapa pemilik iklan di Mudah.my tu. Tapi bila esoknya akoo call, tak nak angkat pula.

Kenapa manual? Ini kerana akoo masih berpegang pada pepatah orang Malaysia yang berbunyi - 'Gearbox adalah punca sakit kronik Perdana V6'. Rupa-rupanya bukan akoo seorang yang tengah memburu Perdana ni. Snipx  (ProtonCoupe / SPOC) dan Ustad (ProtonCoupe) juga sedang usha line. Snipx nak carik yang dah siap convert 4G63T rasanya. Ustad plak nak beli kat semenanjung sebab kat Sarawak mahal. Perkara ini telah dispot pada posting yang akoo tulis di wall Facebook Pok Wang (ProtonCoupe).

Akoo tunjuk iklan Mudah.my tu kat Snipx tapi dia cakap Perdana V6 manual yang dijual kat situ lebih tinggi dari harga market. Sebuah warna maroon WLL tahun 2004 minta dalam RM38k - harga market baru RM32k. Sebuah warna biru di Cheras WL* (2003) minta dalam RM37k. Semuanya harga yang lebih tinggi dari harga pasaran tapi yang dua nih direct dari owner.  Dengan akoo yang tak de cash nih, memang agak susah la nak sediakan down payment untuk kereta yang lebih prefer cash buyer nih. Ada yang murah skit macam kat bawah nih dah pakai jantung orang derma pulak.

2002 Perdana TT - RM38.4k

2001 Perdana TT - RM33.3k

So untuk lebih memudahkan kerja, akoo melantik broker yang berpengalaman - Encik Affandy Ahmad seorang penjual kereta recond yang berpengakalan di Ally Azran cawangan Jalan Ampang. So kitorang mulakan dengan Perdana tahun 2004-2005 yang berharga di antara RM30k-RM40k. Tapi untuk kategori ini, mileage sudah agak tinggi sehingga mencecah 150kkm ke atas. Version diorang ini adalah Enhance Version I dan II. Interior agak cantik - warna biege tapi satu masalahnya adalah gearbox cooler bukan satu accessory standard. Jadi kebarangkalian untuk mendapat gearbox yang rosak adalah agak cerah. Namun begitu, terjumpa juga satu iklan yang mana V6 Enhance Version II (2005) dengan mileage bawah 100kkm beserta ada gearbox cooler dengan harga hanya RM36.1k sahaja. Yang tak bestnya, bila nak gi tengok dah ada orang masuk loan. Harga itu memang paling murah untuk kategori tersebut.

Jadi bila dah banyak surf dan bertanya, kini akoo tahu yang Perdana V6 keluaran tahun 2006 ke atas mempunyai gearbox cooler sebagai accessory tetap dan tahap gearbox berada dalam keadaan baik dengan mileage yang agak rendah. Ada banyak iklan menyatakan mileage kategori ini (Enhance Version III) berada pada kedudukan di bawah 100kkm. Jadi pada 3 Ogos 2011, pemburuan akoo telah menetapkan bahawa Hexa-Vee Prime akoo akan didapatkan dari Version III dengan priority pada register 2007 / 2008 sebab akoo nak buat loan selama 9 tahun.

So akoo dan broker pun memulakan fasa baru dalam pemburuan ini dengan membuat panggilan dan appointment sekali pada hujung minggunya. Selain Mudah.my, akoo juga mendapat dua iklan yang akoo jumpa di dalam paper The Star dan membuat appointment dengan used car tersebut.

Pencarian bermula

Lepas Wak Jesse James hilang, akoo mula la sibuk mencari kereta ape yang bakal menggantikan GTi tu. Tapi memang tak leh nak amik kereta 2 pintu tak kira hatchback atau coupe dah sebab nanti uMMi (orang rumah akoo) bising susah nak masuk ke tempat duduk belakang. Pastu tak leh gak nak amik yang terlalu motor sports sebab nanti kurang selesa kesian kat uMMi ngan Pria Ganteng (anak akoo) asik layan seat keras bersama suspension yang keras. So memang sebuah kereta untuk keutamaan keluarga yang akoo pilih. Konsep akoo - Performance Base Family Car. So apa yang terpikir kat akoo memang Mitsubishi Lancer GT atau klon nya Proton Inspira. TAPI... harga dia terlalu competitive luar budget akoo sebab akoo ada projek lain yang tak berkaitan dengan kereta atau kenderaan.

Sebenarnya ada banyak criteria pemilihan kereta kali ini. Tapi yang paling penting kereta kena empat pintu dan family car yang selesa. Sebab tu la Toyota Camry, Nissan Cefiro dan Nissan Sentra pun masuk dalam radar pada asalnya. Pastu akoo target kereta yang berusia kurang 10 tahun dan berharga RM30k ke bawah. Lagi baru lagi bagus so boleh dibuat loan. Itu yang menyebabkan Ford Laser Lynx SV masuk di bawah radar sebab akoo jumpa ada sebuah yang berharga RM30k dan didaftarkan pada tahun 2004.

Tapi kalau yang baru-baru dan dalam budget sudah pastilah kereta buatan Malaysia Proton, Perodua dan Naza. Naza dan Perodua memang out of spec so untuk Proton hanya Perdana sahaja yang tinggal. Memang ada akoo usha Perdana yang manual tapi selepas banyak sangat kata-kata negatif terhadap reputasi kereta ni, akoo gugurkan Perdana dari radar. Lepas kena racun dengan Azmi Receiver (PMC - Protonmania Club) dan dapat perkenan uMMi, tumpuanku beralih arah kepada Honda Accord SV4 pula. Dia memang dah pakai kereta tu dan harga memang dalam range cuma kereta dah agak lama dan tak leh nak buat loan. So kena la buat personal loan. Gagal juga sebab akoo belum dapat nak finalizekan projek akoo yang satu lagi so tak leh nak buat personal loan tu lagi.


Tinggallah dua kereta lagi yang dalam radar - Ford Laser Lynx SV dan Volvo S40. So akoo amik kesempatan satu malam untuk tengok 2-2 kereta tu. Masa tu gi dengan Diey Mag (ProtonCoupe.Com) dengan Putra turbonya. Mulanya gi tengok Ford dulu kat Shell Equin Park. Kereta yang sangat rare. Overall condition memang baik terutama enjin tapi akoo tak berani nak pakai sebab kereta nih tahap super damn rare. Karang kalau apa-apa problem tak tahu nak gagau kat mana walaupun akoo dah register kat forum diorang (Killerbees).


Habis je tengok kereta tu terus gi test drive Volvo S40 'Puaka' member kepada Asnor Izam Sabuti aka Metalbox the legend of speed (STJ1995 / C99LE / VOCM / VECM) dekat dengan area Equin Park jugak. Mamat tu nama Zam jugak. Sporting. Dia bagi akoo test drive sambil bagi tau apa masalah kereta tu - ada gegaran sikit semasa nak accelerate. Setakat pengetahuan akoo tu adalah masalah drive shaft. Zam cakap dia akan settlekan semua masalah kereta tu sebelum nak tolak kat akoo. Cuma ada satu je masalah besar - dashboard dia tinggi dan seat dia mendap. Jadi akoo yang tak berapa nak tinggi nih menghadapi masalah pemandangan tak berapa nak clear masa drive.

So lepas je tengok 2-2 kereta tu, malam tu jugak akoo start surf untuk Proton Perdana V6 tapi mengutamakan transmisi manual untuk mengelakkan dibebani masalah gear box automatic yang bermasalah. Pencarian Hexa-Vee Prime bermula semula.

Ahad, 28 Ogos 2011

Pengakhiran adalah satu permulaan

Start akoo carik kereta baru lepas kereta lama akoo hilang - Satria GTi (WJJ608) atau nama glamernye - Wak Jesse James. Siap ada akaun Facebook lagi. So lepas GTi tu hilang, akoo start la hunting for the new car. Banyak gak kereta yang akoo try nak usha tapi kebanyakkan nya usha kat internet je la - Mudah.my. Disamping tu dapatkan pendapat dari kengkawan yang lain. Antara kereta yang akoo finalizekan, Proton Perdana, Volvo S40, Ford Laser Lynx SV, Honda Accord SV4.

Berikut adalah posting akoo pasal Wak Jesse James yang telah dilarikan penjenayah. Post akoo di blog http://edenpekojokilang.blogspot.com


Akhirnya, beberapa hari sebelum genapnya setahun akoo menghantar Wak Jesse James (WJJ608) ke tembok dan ke longkang (24/06/2010), WJJ telah meninggalkan akoo pada 19/06/2011. Kira-kira sebulan lagi sebelum genap 4 tahun akoo bersama WJJ walaupun pernah 4 bulan berpisah lantaran WJJ dimasukkan ke wad kecemasan dan juga menjalani fisioterapi. 

Masa tu, hari Ahad dalam pukul 3 petang. Akoo keluar seorang gi minum. Ummi ngan Pria Ganteng (PG) tidur. Ummi kurang sihat jadi akoo tak nak kejutkan dia. Akoo minum kat Old Timer Cafe sensorang. Minum ice blended yang sehari sebelumnya memang akoo dah teringin nak minum. So lepak je la sensorang sambil baca paper. Dah dekat nak masuk Asar akoo pun balik. Cadangnya nak lalu kat Tasik Permata. Kalau-kalau ada orang jual layang-layang nak beli boleh layan dengan uMMi dan PG. Tapi akoo gi pusing kat belah lain plak. 

Sampai kat umah dalam 4.50 tu akoo naik solat jap. Turun balik, akoo pun bawak PG kuar. Memang tak de niat nak naik WJJ pun walaupun akoo memang parking kat luar pagar. Akoo bawak PG jalan kaki pusing-pusing sampai ke taman. Tapi ada sekali tu akoo mandang ke arah rumah akoo dari jauh. Ada nampak macam kereta Wira kaler biru park depan umah. Tapi akoo tak de suspek ape-ape. Akoo terus bawak PG sampai ke taman layan dia main kuda, gelongsor, buaian tanpa terdetik sebarang perasaan yang lain macam.

Bila dah nak gelap skit, akoo pun pujuk la PG untuk balik sambil lalu kat depan nursery dia. Macam biasa la ayat PG - "tak nak yah" (tak nak gi sekolah). Then masa akoo dah masuk lorong rumah akoo, akoo perati ke arah rumah akoo tak nampak dah WJJ kat belakang kereta Meon yang akoo pinjam sejak dari bulan Januari aritu. Akoo baru je terpikir nak bawak masuk kereta Meon ke laman rumah. Rupanya tu la petanda yang memang akoo akan bawak masuk ke laman sebab WJJ dah tak lepak kat situ lagi dah. 

Sampai rumah akoo tengok kunci WJJ masih ada kat almari. Sah! Memang dah kena bawak lari. Akoo pun bagi tau kat uMMi dan start calling sesapa yang patut yang duduk kat area rumah akoo untuk bawak akoo gi balai. Acab tak free. Sudin tak de kenderaan. So Jimmy yang available. Dia la antar ke Balai Polis Bandar Baru Bangi. Lepas buat report, Polis Bangi suruh gi Balai Kajang jumpa dengan Pegawai Penyiasat. Memandangkan dah nak Maghrib masa tu, akoo mintak Jimmy antar akoo balik dan akoo mintak Sudin yang hantar plak. So lepas Maghrib Sudin datang ke rumah.

Akoo singgah kilang jap amik salinan IC, lesen ngan geran. Gi kat Pegawai Penyiasat (IO), soalannya suma dah ada template so dia key-in je. Pastu print. Dah settle. Dia suruh gi amik salinan report kat Balai BBB. Akoo pun terus ke sana. Rupanya, salinan buleh amik time office hour je. Terus ke Seksyen 4, minum sambil makan malam. Akoo tak lalu makan masa tu. Tapi bukan sebab sedih ke ape. Sebab rojak yang akoo order tu tak sedap. Ali (PMC) call akoo. Dia cakap - "ai? lepak minum?! tak gi operasi carik ke?" Memang akoo tak gi carik pun. Sebab setahu akoo, percentage kejayaan operasi mencari setakat yang akoo tahu adalah - kosong. So akoo rasa baik akoo tidur awal untuk gi kerja esok. 

Sampai kat rumah, akoo bawak keluar bateri dan try start kereta Iswara Meon. Hidup dengan jayanya. Then terus ke Seksyen 7 - basuh. Sudin lapar plak. So akoo minum lagi sekali.Settle basuh, isik minyak rupanya dah dekat 11.30 malam. Jadi akoo siap-siap nak tidur la. Susah gak nak tidur. Mungkin tadi minum kafein kot. So lambat la akoo tidur malam tu dan lambat la akoo gi kerja esoknya.

Esoknya akoo cakap kat boss nak masuk lambat skit sebab nak gi Balai. Tapi tak gi pun. Akoo masuk pukul 10.00 pagi. Tengok BOMBA buat inspection kat Phase 6. Then petang baru akoo gi Balai ngan antar report ngan dokumen kat Allianz Kajang. Pukul 3 akoo dah sampai rumah dan tidur sampai petang. Since datang kerja pun tak betul, akoo isik la borang cuti untuk hari tu. 

Wak Jesse James - WJJ608
Proton Satria GTi 
Julai 2007-Jun2011