Berpandukan beberapa iklan di Mudah.my akoo set target dan appointment pada hujung minggu 6&7 Ogos untuk memburu Hexa-Vee di jalanan pula. Petang 5 Ogos tu bersamaan hari Jumaat muncul satu iklan Perdana V6 hitam no plat WSF harga buka RM50k dengan mileage baru 61kkm. Akoo terus sms brader tu - Encik Khairul untuk appointment.
Sementara itu, akoo menyiapkan dokumen-dokumen yang diperlukan seperti salinan kad pengenalan, lesen memandu, slip gaji, slip bank dan juga bil Astro untuk pemburuan pada keesokkan harinya. Malam itu juga akoo online agak lewat sambil menyalin iklan-iklan Perdana V6 tahun 2007 & 2008 ke dalam buku nota untuk dibawa dan dirujuk. Ketika itu Encik Khairul membalas sms dan akoo terus menelefon beliau untuk appointment. Malangnya beliau tiada di Lembah Klang dan akoo terpaksa menunggu sehingga hari Rabu, 10 Ogos untuk membuat test drive.
Perdana V6 tahun 2008 - Kereta first yang akoo tengok
First appointment akoo untuk tengok kereta kat atas nih yang berharga sangat murah - RM46.8k sahaja di Pandan Indah. So pagi Sabtu tu akoo gerak ke showroom Ally Azran di Jalan Ampang untuk berjumpa dengan Encik Affandy Ahmad, broker akoo yang terhebat. Janji dengan apek yang nak jual tu pukul 11.00 namun oleh kerana Affandy tengah nak close deal dengan seorang brader yang nak beli Toyota Estima, terpaksa la drag sampai ke 11.30 di Steven Corner, Pandan Indah. Dah la bulan puasa, lepak pula di kedai minum tapi diorang buat tak tahu je, tak de pun datang ambil order. Mungkin dah biasa kot orang datang lepak tak minum dan tak bayar. Apek yang nak jual kereta ni pula lambat. Dah la lambat bukannya dia datang dengan Perdana V6 tu, dia bawa BMW. Kereta ada di Desa Pandan. Dalam iklan kata owner tapi bila jumpa dia adalah broker. Penipu jugak apek nih. Kereta bawah bangsal nampak gaya terbarai je. No Plat BJ* so akoo memang tak nak. Apek tu mintak dokumen. Akoo cakap tak bawak. Padan la murah dia jual. Kereta tu banyak benda nak kena touch up balik. (Masa akoo tulis entry ni, iklan kereta nih masih ada kat Mudah.my)
Destinasi kedua di Petaling Jaya. Perdana V6 tahun 2007 dijual dengan harga yang sangat murah - RM39888 sahaja. Dalam iklan kata ada 3 unit nak dijual. So akoo dengan Affandy ke sana. Tempatnya bukan used car tapi service center yang kononnya nak tolong clientnya jual kereta. Ketiga-tiga kereta itu digunakan oleh Lafarge. Mileage dalam 70kkm-80kkm. No plat WPV dan WPW. Condition paling baik kereta yang nombornya 3211 tapi dah ada mamat dari Kelantan masuk loan. Sekali tetapi, brader salesman service center tu cakap loan mamat Kelantan tu sangkut. So dengan senang hati kitorang bertiga pergi buat test drive kereta tu. Dan inilah Perdana V6 pertama yang akoo bawak.
Affandy bawak kitorang ke bengkel bekas pekerja Proton Service di area Jalan Kelang Lama. So salah seorang mekanik kanan bengkel tersebut telah buat test drive. Keputusannya - kereta dalam keadaan baik. Enjin baik, gearbox pun baik cuma ada satu minor repair kena buat - tukar tire rack dalam RM90 sahaja. Dengan senang hati sekali lagi akoo drive kereta tu balik ke service center tu. Cuma yang tak senang hati adalah toke kedai tu. Masa nih la satu drama terjadi. Apek ni dok suruh akoo amik the worst condition V6 yang nak jual tu. Dengan cermin pecah, pintu kemik interior pun kotor. Siap print service record sambil push suruh jugak beli. Pengalaman mengajar bila orang push, maknanya ada udang di balik batu. So akoo tolak tapi akoo bagi juga dokumen untuk queue kat belakang mamat Kelantan tu. In case kalau loan mamat Kelantan tu tak lepas, akoo masuk buat loan.
Perdana V6 2007 - Ketiga ditengok, Kedua di test drive
Singgah sebentar berehat di rumah Affandy sambil mengadap Ilahi dan sebelum pulang ke showroom Ally Azran, kitorang singgah di Carworld Jalan Ampang. Ada sebuah Perdana V6 tahun 2007 no plat WPW untuk dijual. Akoo main petik nama Shukri dan brader tu ada di situ. So tanpa melengahkan masa akoo test drive kereta ini di kawasan perumahan kat belakang tu. Gearbox dia dah menunjukkan ciri-ciri akan mendatangkan masalah. Ini mungkin kerana mileage dia dah mencecah 130kkm. So akoo tak nak dan tak tinggalkan dokumen.
Pada hari yang sama, seorang salesman di Jalan Kuchai Lama yang akoo pernah hubungi sebelum itu kerap kali menghantar sms bertanya bila nak datang ke kedainya. Memandangkan akoo memang tak bercadang nak ke situ so akoo hold ke esok hari. Hari Sabtu tanpa sebarang berita yang benar-benar menggembirakan.



0 ulasan:
Catat Ulasan